Law Kana Bainana
Law Kana Bainana

Law Kana Bainana

Law Kana Bainana (Arab:لو كان بيننا ;Melayu: Andainya Rasulullah bersama kita) ialah sebuah rancangan dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Lokasi rancangan ia berlangsung di Arab yang dikendalikan oleh hosnya, Ahmad Al Shugairi.[1] Rancangan ini terbahagi kepada beberapa slot dan mempunyai dua musim, telah dikeluarkan dalam bentuk DVD, yang mempunyai 15 episod bagi setiap musim. Ia bertujuan mengajak penonton mengikuti sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian mereka di abad ke-21 ini. Pada setiap hujung sesi perbualan akan ditanya seandainya Rasulullah bersama kita sekarang apakah yang ingin mereka katakan kepada baginda.[2] Shugairi akan menerangkan sifat-sifat harian Nabi Muhammad SAW sambil membandingkan dengan perkara biasa yang selalu manusia lakukan untuk dipraktik dalam kehidupan harian kini. Antara yang disentuh dalam episod-episod tersebut adalah seperti kepentingan mengucapkan salam ketika bertemu, menghabiskan makanan tanpa meninggalkan sisa, kepentingan mengalih halangan yang ada di atas jalan raya dan pelbagai lagi.[3] Siri rancangan ini telah disiarkan di Malaysia oleh TV AlHijrah sepanjang bulan Ramadhan tahun 2011.Selain itu terdapat juga rancangan temu bual di mana Sughairi menceritakan kembali mengenai sirah-sirah Nabawiah seperti bagaimana Nabi menghormati isteri-isterinya, mengendali sifat amarah, bermain dengan kanak-kanak dan lain-lain lagi. Setiap episod menekan betapa pentingnya umat Islam mengingati dan mengikuti apa yang telah Rasulullah SAW lakukan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Law Kana Bainana

Lagu penutup Law Kana Bainana Al-Habeeb (لو كان بيننا الحبيب)
Bahasa Bahasa Arab
Negara asal Arab
Lagu pembukaan Law Kana Bainana Al-Habeeb (لو كان بيننا الحبيب)
Penerbit Aram Al-Ehsan
Format gambar 1080i (HDTV)
Format audio Stereo
Tempoh siaran ~15 minit per episod
Siaran asal 2009 – 2011
Pencipta Ahmad Al Shugairi
Bilangan episod 30 (sehingga tahun 2011)
Dibintangi oleh Ahmad Al Shugairi
Genre Agama, Realiti
Bilangan musim 2